Wednesday, October 21, 2009


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Pada 28/09/2009 telah diadakan sambutan hari raya aidilfitri di sekolah kebangsaan Pulau Tuba yang dihadiri oleh semua warga sekolah yang mengenakan pakaian tradisional hari raya. Sambutan bermula pada jam


10.00 pagi di dewan sekolah dan dimeriahkan lagi dengan lagu-lagu raya yang menghidupkan lagi suasana hari raya.

Sambutan bermula dengan warga sekolah berkumpul di dewan sambil murid-murid turut sama menyanyikan lagu-lagu raya. Acara yang diadakan ialah acara pakaian terbaik bagi pelajar lelaki dan wanita.




jamuan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah terdiri daripada ketupat, lemang ,nasi impit, rendang dan kuah kacang. bagi kuih raya pula para pelajar dan wrga sekolah sama-sama membawa seorang sedikit dan dan disatukan bagi dikongsi bersama. Ini menambahkan lagi kemeriahan suasana tersebut.


Tuesday, September 8, 2009

Pada 20 Ogos 2009 bertempat di SK Pulau Tuba, sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan ke-52 . Aktiviti yang diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan merupakan aktiviti berjalan kaki mengelilingi Pulau Tuba sejauh 4 kilometer sambil membawa jalur gemilang.






Acara bermula pada jam 8 pagi di tapak perhimpunan sekolah dengan dihadiri para pelajar dari pra sekolah hingga ke darjah enam serta guru-guru. Acara dirasmikan oleh penolong kanan 1 iaitu En. Hadai bin Taib dan pengerusi majlis pada hari itu ialah Pn. Rohana binti Ibrahim. Acara berlangsung dengan guru-guru serta pelajar menyanyikan lagu kebangsaan dan pelajar diberi taklimat serta penyerahan bendera Malaysia pada setiap darjah sebelum acara berjalan kaki bermula. Pada jam 8.30 pagi pelajar mula bergerak mengikut kumpulan dan acara berjalan kaki tamat pada jam 9.45 pagi.




Pelajar diberikan masa untuk berehat sebelum acara seterusnya di dewan Sri Cemara iaitu acara nyanyian lagu-lagu patriotik.Guru-guru turut serta menyayi bersama murid bagi memupuk semangat cintakan negara. Acara tamat pada jam 12.30 petang.