Tuesday, September 8, 2009

Pada 20 Ogos 2009 bertempat di SK Pulau Tuba, sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan ke-52 . Aktiviti yang diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan merupakan aktiviti berjalan kaki mengelilingi Pulau Tuba sejauh 4 kilometer sambil membawa jalur gemilang.






Acara bermula pada jam 8 pagi di tapak perhimpunan sekolah dengan dihadiri para pelajar dari pra sekolah hingga ke darjah enam serta guru-guru. Acara dirasmikan oleh penolong kanan 1 iaitu En. Hadai bin Taib dan pengerusi majlis pada hari itu ialah Pn. Rohana binti Ibrahim. Acara berlangsung dengan guru-guru serta pelajar menyanyikan lagu kebangsaan dan pelajar diberi taklimat serta penyerahan bendera Malaysia pada setiap darjah sebelum acara berjalan kaki bermula. Pada jam 8.30 pagi pelajar mula bergerak mengikut kumpulan dan acara berjalan kaki tamat pada jam 9.45 pagi.




Pelajar diberikan masa untuk berehat sebelum acara seterusnya di dewan Sri Cemara iaitu acara nyanyian lagu-lagu patriotik.Guru-guru turut serta menyayi bersama murid bagi memupuk semangat cintakan negara. Acara tamat pada jam 12.30 petang.

0 comments:

Post a Comment